warna-warni kehidupan!!!

warna-warni kehidupan!!!
warna warni kehidupan

Monday, 17 December 2012

KOMEN KELAS BBK3408 KDM

Assalamualaikum...

pertama kalinya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kak Wani dan juga kak Intan yang banyak membantu dalam kelas tutorial kesusasteraan dalam multimedia dan sentiasa sabar dalam melayan kerenah kami semua. tidak lupa juga kepada rakan-rakan kelas yang banyak membantu dalam kelas ini.
bagi saya, kelas tutorial ini sangat menarik dan banyak memberi ilmu pengetahuan terutama sekali secara latihan pratikal. banyak perkara baru yang telah saya pelajari dalam kelas ini khususnya yang berkaitan dengan dunia IT. selain itu saya sebagai pelajar dalam bidang Kesusateraan Melayu  merasakan dengan menggunakan saluran ini kita dapat memperkembangkan lagi kesusasteraan melayu dalam dunia IT yang sekarang ini dikatakan sangat penting dalam kehidupan kita. lagipun dengan menggunakan saluran IT, maklumat yang berkaitan dengan sastera dapat disebarkan di seluruh dunia sekaligus dapat mempertahankan warisan sastera di masa akan datang....apa-apa pun terima kasih sekali lagi kepada Kak Wani dan Kak Intan kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami semua....Sekian Terima Kasih. serangkap pantun budi untuk semua..hehehehe

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang jua.



10 PERKARA YANG SERING DIBAZIRKAN

Ilmu= dibazirkan dengan tidak mengamalkannya

Amalan= dibazirkan dengan tidak melakukannya dengan ikhlas

Hati= dibazirkan dengan tidak mengisi hati dengan cinta kepada Allah dan Rasullulah S.A.W

Tubuh badan= dibazirkan dengan menggerakkan anggota badan bukan untuk ibadah

Zikir= dibazirkan apabila tidak berkesan pada hati

Masa= dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah

Kesihatan= dibazirkan dengan tidak mensyukuri nikmat sihat sebelum sakit

Kepintaran= dibazirkan dengan tidak berfikir tentang keajaiban makhluk ciptaan-Nya

Cinta= dibazirkan dengan mengisi selain dari cinta kepada Allah

Harta= dibazirkan dengan tidak membelanjakan ke jala Allah.