Assalamualaikum...
pertama kalinya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kak Wani dan juga kak Intan yang banyak membantu dalam kelas tutorial kesusasteraan dalam multimedia dan sentiasa sabar dalam melayan kerenah kami semua. tidak lupa juga kepada rakan-rakan kelas yang banyak membantu dalam kelas ini.
bagi saya, kelas tutorial ini sangat menarik dan banyak memberi ilmu pengetahuan terutama sekali secara latihan pratikal. banyak perkara baru yang telah saya pelajari dalam kelas ini khususnya yang berkaitan dengan dunia IT. selain itu saya sebagai pelajar dalam bidang Kesusateraan Melayu merasakan dengan menggunakan saluran ini kita dapat memperkembangkan lagi kesusasteraan melayu dalam dunia IT yang sekarang ini dikatakan sangat penting dalam kehidupan kita. lagipun dengan menggunakan saluran IT, maklumat yang berkaitan dengan sastera dapat disebarkan di seluruh dunia sekaligus dapat mempertahankan warisan sastera di masa akan datang....apa-apa pun terima kasih sekali lagi kepada Kak Wani dan Kak Intan kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami semua....Sekian Terima Kasih. serangkap pantun budi untuk semua..hehehehe
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang jua.
Wa'alaikumsalam..
ReplyDeleteSama2.. Seronok melayan adik2 akak yang bermacam2 kerenah.. Baru la meriah suasana..