warna-warni kehidupan!!!

warna-warni kehidupan!!!
warna warni kehidupan

Monday, 26 November 2012

27/11/1990


27/11/1990
ibuku bertarung nyawa untuk melahirkanku...
terima kasih buat ibuku yang tersayang 
kerana sanggup mempertaruhkan nyawa
melahirkan anakmu ini ke dunia.
pada subuh yang hening dan sunyi
terdengar jeritan si kecil
mencelik mata pertama kalinya
melihat dunia......

terima kasih ya Allah
kerana memberi aku peluang lagi
untuk terus bernafas di bumi ini
untuk terus berjalan mencari jalanMu
untuk terus berbakti kepada kedua ibubapaku, negara dan juga bangsaku

terima kasih Ya Allah
untuk angka 22 yang Kau bagi kepadaku
semoga aku menjadi lebih matang,
lebih kuat untuk menghadapi segala ujianMu
dan semoga aku menjadi manusia yang yang berjaya
 berjaya di dunia dan juga akhirat sana.
amin ya Rabbal'alamin.......



Friday, 16 November 2012

Pantun Berkait (Tema Cinta).


Pantun Berkait (Tema: Cinta)

Batu belah dalam perahu,
Kucing kurus menggaru papan,
Kuasa Allah siapa yang tahu,
kurus badan kerana tak makan.

kucing kurus menggaru papan,
papan digaru kayu mati,
kurus badan kerana tak makan,
kurus kerana menahan hati.

papan digaru kayu mati,
pohon angsana dilembah kinta,
kurus kerana menahan hati
rindukan abang jauh dimata.

pohon angsana dilembah kinta
pohon semalu melata-lata
rindukan abang jauh dimata
segeralah pulang kepangkuan dinda.

MAKSUD "SASTERA"

S= Seni bahasa (halus dan indah)
A= Akaliah( mengandungi ilmu pengetahuan dan falsafah)
S= Sensitif (peka dengan persekitaran)
T= Tersurat dan tersirat (maksud yang jelas dan kabur)
E= Emosi (berkaitan dengan perasaan dan jiwa)
R= Realiti (cerminan hidup sebenar)
A= Alat pelepasan minda (escapism)

(sumber: dipetik dari kata-kata Dr. Prof Arba'ie Sujud)
Mawar Berduri!

mawar berduri
harumwangi baunya,
tajam durinya,
indahpesona warnanya
mekar kuntumya
hijau daunnya......




Jumaat

Hari Ini Hari Jumaat

hari ini hari jumaat
hari segala penghulu hari
hari yang sangat diberkati

hari ini hari jumaat
hari Allah menciptakan Nabi Adam,
hari Allah menurunkan Nabi Adam ke bumi,
hari Allah mematikan Nabi Adam.

hari ini hari jumaat
hari yang sangat teristimewa
hari yang doa mudah dimakbulkan
untuk hamba-hambaNYA yang taat
dan hari ini juga akan terjadinya hari kiamat.





PANTUN BERKAIT(BUAH-BUAHAN TEMPATAN)


Buah Cempedak di luar pagar,
Buah rambutan warnanya merah
Saya budak masih belajar
Kalau salah jangan marah.

Buah rambutan warnanya merah,
Buah durian berduri-duri,
Kalau salah jangan marah
Minta diajar dengan teliti.

Buah durian berduri-duri
Buah manggis manis sekali
Minta diajar dengan teliti
Agar ilmu tuhan berkati

Buah manggis manis sekali
Isinya manis beserta lazat
Agar ilmu tuhan berkati
Sama-sama berjaya di dunia dan akhirat
(aku wat pantun berkait ini sempadan musim buah di UPM,,,hehehe)





Thursday, 15 November 2012

Senyumlah....

senyumlah walau sakit
senyumlah walau tersiksa
senyumlah walau sedih
senyumlah walau derita
senyumlah walau kecewa
senyum,senyum dan senyumlah,,tak perlu kata apa-apa,,,hihihihi
(sedekah yang paling mudah adalah dengan memberi senyuman ikhlas)





Wednesday, 7 November 2012

selamat pagi

PAGI YANG INDAH
PAGI YANG NYAMAN
PAGI YANG SEJUK
ALHAMDULILLAH,
AKU MASIH BERKESEMPATAN BERNAFAS LAGI PAGI INI....



Tuesday, 6 November 2012

Perjalanan Hidupku Ini


telah jauh aku berjalan,merantau,,
aku tercampak di dalam dunia asing ini....
Ya Allah permudahkanlah langkahku ini
agar aku terus berada dijalan yang lurus....
segala yang terjadi dalam hidupku
adalah dari ketentuanMU...