warna-warni kehidupan!!!

warna warni kehidupan
Friday, 16 November 2012
Pantun Berkait (Tema Cinta).
Pantun Berkait (Tema: Cinta)
Batu belah dalam perahu,
Kucing kurus menggaru papan,
Kuasa Allah siapa yang tahu,
kurus badan kerana tak makan.
kucing kurus menggaru papan,
papan digaru kayu mati,
kurus badan kerana tak makan,
kurus kerana menahan hati.
papan digaru kayu mati,
pohon angsana dilembah kinta,
kurus kerana menahan hati
rindukan abang jauh dimata.
pohon angsana dilembah kinta
pohon semalu melata-lata
rindukan abang jauh dimata
segeralah pulang kepangkuan dinda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment