27/11/1990
ibuku bertarung nyawa untuk melahirkanku...
terima kasih buat ibuku yang tersayang
kerana sanggup mempertaruhkan nyawa
melahirkan anakmu ini ke dunia.
pada subuh yang hening dan sunyi
terdengar jeritan si kecil
mencelik mata pertama kalinya
melihat dunia......
terima kasih ya Allah
kerana memberi aku peluang lagi
untuk terus bernafas di bumi ini
untuk terus berjalan mencari jalanMu
untuk terus berbakti kepada kedua ibubapaku, negara dan juga bangsaku
terima kasih Ya Allah
untuk angka 22 yang Kau bagi kepadaku
semoga aku menjadi lebih matang,
lebih kuat untuk menghadapi segala ujianMu
dan semoga aku menjadi manusia yang yang berjaya
berjaya di dunia dan juga akhirat sana.
amin ya Rabbal'alamin.......
No comments:
Post a Comment